Monday, 15 October 2012

"BANDUAN ISTIMEWA" BEBAS KELUAR MASUK PENJARA

Di penjara inilah Abdullah Ang mendapat layanan
istimewa ketika menjalani hukuman dapat bergerak
bebas menguruskan perniagaan sendirinya di luar
sambil menikmati teh tarik
Siapakah Abdullah Ang yang telah mendapat layanan istimewa dari pegawai penjara ketika menjalani hukuman penjara dalam tahun 1989 yang disebutkan oleh saya dalam posting: Ha Ha Ha 8 Tahun Selesaikan Kes Nirmala Bonat.

Beliau adalah orang yang mendapat kepercayaan penuh dari Perdana Menteri,  Dr. Mahathir yang diberikan tugas sebagai Ketua Eksekutif  Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).

Pendedahan mengenai Abdullah Ang menjadi "Banduan Istimewa" telah dibuat oleh Malay Mail pada keluaran 19 Ogos 1989. Beliau berulang alik antara penjara Kajang dengan bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Abdullah Ang... 
Gambar Ikhsan Utusan
Melayu
Saya telah mencatitkan mengenai hubungan Abdullah Ang dengan Dr.Mahathir dalam buku saya "Mahathir di Sebalik Tabir" atau ''Surat Surat Dari Dr. Mahathir" (edisi tambahan). Antara lain saya menyebutkan:

Dr. Mahathir menyedari kesilapannya memberikan kepercayaan kepada seorang ahli perniagaan Mohamad Abdullah Ang yang dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC) walaupun telah diingatkan supaya berhati-hati oleh ramai rakannya.

Apabila Abdullah Ang ditangkap kerana pecah amanah dan saya menanyakan kepadanya "Apa sudah jadi" Dr.Mahathir berkata "Hanya kelemahan saya itu sahajalah yang saudara nampak."

Abdullah Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.

Hakim perbicaraan itu Datuk N.H.Chan berkata, tertuduh telah menggunakan wang MOIC seperti wang itu kepunyaannya sendiri.

Di sebalik ketidakjujurannya, Abdullah Ang mempunyai perwatakan luar biasa. Dia dapat menjelmakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kualiti yang diperlukan dalam dunia perniagaan dan perusahaan. Mudah mengenengahkan dirinya di semua peringkat, tidak segan dan malu, berani dan sanggup bersikap rakus apabila perlu.

Perwatakannya yang istimewa inilah membolehkannya mengadakan hubungan yang rapat dengan pegawai- pegawai penjara Kajang sehingga dia diberikan layanan istimewa untuk bebas keluar masuk penjara bagi menikmati suasana di luar.

Sebelum ditangkap dan dipenjarakan, Abdullah Ang sebagai Ketua Esekutif MOIC sering menyertai rombongan perdagangan Perdana Menteri ke luar negara.

Pernah perwatakannya yang rakus menimbulkan keadaan yang memalukan rombongan Perdana Menteri semasa lawatan rasmi ke Turki. Abdullah Ang telah menghadiri suatu majlis makan malam di Istanbul walaupun dia tidak dijemput dan lebih memalukan dia telah mengambil kerusi yang hampir dengan Perdana Menteri yang telah dikhaskan kepada tetamu kenamaan lain.

Dr. Mahathir merupakan seorang yang cukup tertarik dengan mereka yang kuat bekerja dan menampakkan keyakinan diri yang tinggi dengan idea-idea yang realistik. Abdullah Ang mempunyai semua kualiti ini yang dapat menyembunyikan siapakah dia sebenarnya.

ULASAN DR MAHATHIR MENGENAI "BANDUAN BEBAS"

Dr. Mahathir...
hanya kelemahan
saya itu sahajalah
yang saudara
nampak 
Kuala Lumpur, 4 Nov 1989 (BERNAMA) – Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa laporan berhubung penyiasatan bekas banduan Abdullah Ang yang didakwa diberi layanan istimewa dan dibenarkan bergerak bebas walaupun masih dalam tahanan akan diumumkan kepada orang ramai.

Sama ada kesemua atau sebahagian daripada laporan itu diumumkan akan ditentukan oleh Peguam Negara, katanya pada persidangan akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama hampir tiga jam di Ibu Pejabat UMNO di Menara Datuk Onn di sini.

Perdana Menteri berkata,  pada kebiasaannya penyiasatan seperti itu adalah untuk maklumat kerajaan dan oleh itu mengikut aturan biasa ia tidak diumumkan.

“Memandangkan bahawa ia merupakan satu kepentingan awam dan banyak orang hendak mengetahui, maka kita sekarang telah rujuk perkara ini kepada peguam negara untuk menentukan sama ada kita boleh laporkan kepada orang awam semua isi kandungan laporan itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, perkara pengumuman laporan itu tertakluk kepada undang-undang.

“Kita  tertakluk kepada undang-undang... kalau nak tanya kehendak saya, saya nak laporkan semua sekali, tetapi kalau undang-undang tidak membenarkannya, lain kiralah.

“Tetapi minat kerajaan ialah untuk melaporkan semuanya, apa yang kita dapat maklumat kita boleh beritahu kepada orang ramai, kita tidak ada apa yang hendak disembunyikan, tinggal lagi kita mesti patuhi kepada undang-undang negara,” katanya.

 “Kita nak (laporkan) semua sekali melainkan undang-undang kata tak boleh,” katanya.

Laporan itu dibuat oleh Jawatankuasa Penyiasatan Kementerian Dalam Negeri ekoran pendedahan oleh sebuah akhbar tempatan tentang bekas Pengarah Pengurusan Malaysian Overseas Investment Corporation MOIC, Abdullah Ang yang diberi layanan istimewa dan dibenarkan bergerak bebas walaupun masih dalam tahanan di Penjara Kajang. -BERNAMA

9 comments:

  1. Posting ini tidak patut disiar sekarang demi menjaga imej Mahathir yang sedang diperburukkan oleh Tony Pua dan rakan-rakan seangkatan dengan nya.
    Mahathir sedang membantu Najib untuk memenangi PRU yang sudah hampir.
    Sepatutnya ia disiarkan selepas pilihanraya. Saya ragu tentang tujuan dan keikhlasan kes ini dibangkitkan sekarang. Sungguh tidak molek.
    Diharap Zam masih kekal dalam UMNO dan tidak mengikut jejak Kadir Sheikh Fadzir yang berpaling tadah.

    Selamat Berpolitik.

    ReplyDelete
  2. Ianya sekadar satu iktibar untuk djadikan panduan dalam kehidupan ini, amanah diberi sewajarnya dipikul dengan rasa tanggungjawab dan lakukan ndengan baik dan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpama movie Tamil n Hindi ( mungkin jua ada kewajarannya ketika itu )

      Delete
  • Salam,
    Di dalam kes PKFZ Ling Liong Sik, apabila ditanya di mahkahmah tentang kejujuran Ling Liong Sik, Tun M mengesahkan LLS seorang yang jujur dan beliau tidak pernah rasa tertipu -
    "Dr Mahathir added that he did not feel cheated or deceived by the accused in his capacity as prime minister and finance minister then over the land transaction".

    Itulah Mahathir seorang yang ikhlas.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang wajar dibeeerikan perhatian dalam soal ini ialah kesetiaan pada kawan yang telah berbudi kepadanya. Inilah juga keperibadian teguh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman kepada rakan rakan seperti Tun Tan Siu Sin, Khir Johari, Senu dan lain lain. Biar apapun kata orang kepada mereka tetapi kepada Tunku mereka adalah kawannya hingga ke akhir hayat.

      Dalam hal kesanggupan Mahathir berada di samping Ling Liong Sik dalam masa susahnya tentu sekali mendapat sanjungan dan penghormatan dari masyarakat Cina sendiri.

      Delete
    2. Sedikit untuk dikongsi,
      Di dalam buku tulisan Shariff Ahmad, Tunku Abdul Rahman Memoir Patriotik – Penerbit Datuk Aziz Ahmad rakan baik Tunku ada menulis semasa Tunku menjadi Perdana Menteri, seorang jutawan Cina ada memberi sebuah apartmen di London. Apartmen itu dilengkapkan oleh Tunku dengan perabot-perabot yang agak istimewa tetapi apabila Tunku bersara, jutawan berkenaan meminta Tunku mengosongkan apartment tersebut. Tunku terkejut dan perkara ini sampai ke pengetahuan Tun Datu Mustapha beliau terus menemui jutawan tersebut dan memarahinya kerana biadap terhadap Tunku. Tun Datu Mustapha menyediakan aprartmen lain kepada Tunku.
      Kalau Cina, Cina juga.

      Delete
    3. memang betul saya bersetuju... klu cina memang cina juga... bila ada kepentingan memang dia akan layan baik...

      Delete