• Makluman

  • Notis Amaran

  • Khairat Kematian

  • Syarat Kelayakan

  • Hubungi Kami

MAKLUMAN PENTING
  1. Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI
  1. Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Februari 2018.
  2. Kaunter Rayuan BR1M 2018 di Cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sila Klik Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.
  3. Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.
  4. Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BR1M 2018 (Fasa 1) boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai 2 April 2018 (Isnin) dan cetakan secara dalam talian boleh dibuat mulai 6 April 2018 (Jumaat) di Menu MyBR1M > Semakan Status.
  5. Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara dalam talian boleh dibuat mulai 13 April 2018 (Jumaat) hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Sila Klik untuk maklumat lanjut status tidak lulus yang dibenarkan. Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan perlu dibuat di Cawangan LHDNM.
NOTIS AMARAN  

AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M    Keterangan Lanjut



PERINGATAN
  1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.
  2. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik senarai berkenaan
  3. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  4. Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
  5. LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
  6. Sekretariat BR1M MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat BR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
  2. Waris perlu membawa dokumen berikut:
    1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
    2. Kad Pengenalan Asal Waris
    3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
HUBUNGI KAMI
         Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566
         Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716
Waktu Operasi :
9.00 a.m hingga 5.00 p.m
         eMel :
[email protected]

         Faksimili BR1M MOF :
03-8882 3933

        
Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya  
        

+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475
+6019-299-4434
+6016-422-7460

CAWANGAN SEMENANJUNG
9.00 PAGI - 5.00 PETANG

CAWANGAN SABAH / SARAWAK
8.00 PAGI - 4.00 PETANG

  a. http://brim-hasil.net/
  b. https://www.facebook.com/BR1M3/
  c. http://www.br1m.info
  d. http://www.br1m.net
  e. http://www.br1m2017.com
  f. http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
  g. https://www.facebook.com/BR1M2017/
  h. http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/01/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena.html
  i. http://www.siakapke.li/terkini/bayaran-brim-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cina
  j. http://pingje.org/infoje/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cinabr1m-telah-di-kreditkan-ke-akaun-sila-semak-akaun-anda/
  k. http://wow.com/permohonan/
  l. https://www.mysumber.com/duit-br1m.html
  m. http://www.malaysiatercinta.com/2013/12/tarikh-dan-cara-pembayaran-br1m-2014.html
  n. http://myeidos.com/semak-kemasukan-duit-br1m/

Poskod sedang disemak ...